Kesan kemopreventif dan kandungan scopoletin dalam buah mengkudu

Kharis Zahid, Azimahtol Hawariah Lope Pihie, Mohd. Nazrul Hisham, Razali Mirad, Hasnisa Hashim, Aishah Ramli dan Mazlan Sarip

Ringkasan

Kajian antikanser dalam buah mengkudu menunjukkan ekstrak mengkudu mengandungi agen kemopreventif yang mampu merencat pertumbuhan sel kanser. Keupayaan ekstrak mengkudu merencat pertumbuhan sel kanser berbeza-beza bergantung pada kemalignan dan jenis sel yang digunakan. Walau bagaimanapun, ekstrak mengkudu menunjukkan sifat selektiviti dengan membunuh hanya sel kanser, tetapi tidak sel normal. Ekstrak mengkudu cenderung merencat pertumbuhan sel kanser dengan mengaruh apoptosis sel dan kadar apoptosis meningkat dengan masa. Pemencilan komponen bioaktif dalam ekstrak mengkudu telah mengenal pasti sebatian utama scopoletin dalam ekstrak tersebut. Oleh itu, dapat disimpulkan kesan kemopreventif dalam ekstrak mengkudu mungkin disebabkan oleh sebatian scopoletin tersebut atau sinergi sebatian scopoletin dengan komponen bioaktif lain yang hadir sama dalam ekstrak tersebut.

Teks Penuh (199 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.