Penentuan kandungan andrographolid dalam hempedu bumi

Sharizan Ahmad, Zaharah Ariffin, Ariff Zaidi Jusoh, Hasnisa Hashim, Mohd Nazrul Hisham Daud, Jeeven Karruppan, Syahida Maarof dan Nor Fadhilah Sapiee

Ringkasan

Andrographis paniculata atau dikenali sebagai hempedu bumi berasal daripada famili Acanthaceae dan digunakan sejak berabad lama di Asia bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Komponen utama di dalam pokok Andrographis paniculata ialah andrographolid yang mempunyai rasa pahit, berbentuk kristal, tidak berwarna dan merupakan kumpulan diterpene lakton. Penentuan kandungan andrographolid telah dilakukan dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Proses pengekstrakan komponen aktif melibatkan kaedah pengekstrakan rendaman menggunakan metanol sebagai pelarut. Analisis telah dilakukan menggunakan kolum fasa berbalik LiChrospher RP-18 (250 mm x 4 mm i.d) dan fasa gerak terdiri daripada asetonitril dan air. Didapati kandungan andrographolid di dalam daun adalah tinggi berbanding dengan batang dan penanaman di atas tanah selut memberi kandungan andrographolid yang tinggi di dalam daun berbanding dengan tanah bris.

Teks Penuh (503 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.