Pengurangan nitrit di dalam sarang burung walit

Hasnisa Hashim, Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohamed Shafit Hussain, Mohamed Nazim Anvarali, Nur ilida Mohamad, Sharizan Ahmad, Norra Ismail, Nazarifah Ibrahim dan Nurul Nabilah Mohd Fiteri

Ringkasan

Kandungan nitrit wujud secara semula jadi di dalam air liur burung, pembentukan ammonia di dalam sarang burung, kehadiran ammonia daripada najis burung di rumah burung atau persekitaran gua yang akhirnya bertukar kepada nitrit di dalam sarang burung walit (EBN) dan najis burung yang mengandungi nitrit yang mencemarkan EBN. Kandungan nitrit boleh dikurangkan dengan membersihkan EBN berulang kali menggunakan air di mana nitrit sangat larut di dalam air. Pengurangan nitrit di dalam sarang burung walit melibatkan proses pelembutan, pencucian dan tindak balas larutan kimia. Pelembutan EBN dijalankan dengan membasahkan atau merendam EBN di dalam air ternyahion untuk melembutkan tekstur EBN bagi memudahkan bulu dan segala kotoran dibuang menggunakan penyepit kecil dan berus yang sesuai. Seterusnya EBN dibilas atau dicelup di dalam 2 mangkuk air ternyahion (2 x 250 ml) dan 250 ml larutan kalsium karbonat. Bagi memastikan proses pengurangan nitrit dalam EBN ini berkesan, analisis kandungan nitrit menggunakan UV-spektrofotometer dijalankan.

Teks Penuh (466 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.