Kaedah pengesanan sebatian kimia mudah bermigrasi daripada pembungkus ke makanan

Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Syarajatul Erma Khalid, Hasnisa Hashim, Sharizan Ahmad dan Nurul Nabilah Mohd Fiteri

Ringkasan

Sebatian kimia mudah bermigrasi daripada pembungkus ke matriks makanan dapat dikesan menggunakan gas kromatografi spektrometer jisim (GCMS). Sebelum analisis pengesanan dilakukan menggunakan GCMS, pengekstrakan melibatkan pelarut polar dan tidak polar diperlukan bagi mengekstrak sebatian kimia yang berkaitan. Bagi sampel pepejal dan separa pepejal, sampel boleh direndam secara terus menggunakan pelarut tidak polar dan diikuti dengan pelarut polar bagi tujuan pengekstrakan sebatian kimia. Manakala bagi sampel cecair, teknik pemisahan cecair-cecair perlu dilakukan menggunakan pelarut tidak polar dan polar bagi mengekstrak dan memisahkan sebatian kimia mudah bermigrasi.

Teks Penuh (380 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.