Mesin pembentuk kelapa muda untuk industri kelapa di Malaysia

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Yahya Sahari, Mohd Shahrir Azizan dan Khairul Hafifi Maidin

Ringkasan

Inovasi MARDI Coco-Shaver yang dibangunkan membolehkan operasi pemotongan dan pembentukan buah kelapa muda dikendalikan secara lebih sistematik, selamat dan bersih. Konsep operasi pemotongan dan pembentukan dengan menggunakan bilah pisau dengan darjah kecondongan yang sesuai dapat mempercepatkan proses dan menghasilkan buah kelapa muda dengan bentuk heksagon yang menarik. Penggunaan mesin ini terhadap industri berasaskan kelapa juga mampu memberi impak ekonomi yang lebih baik berbanding dengan cara tradisional yang telah diamalkan sekian lama. Ini termasuklah kemampuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia, mempertingkatkan penghasilan dalam masa yang singkat dan sekali gus mengurangkan kos operasi. Penggunaan Coco-Shaver juga mampu menggalakkan penghasilan produk bernilai tambah berasaskan kelapa seperti kelapa muda terbentuk dan seterusnya memperkembangkan lagi industri yang berasaskan kelapa.

Teks Penuh (267 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.