Teknologi mekanisasi pemprosesan bepang kacang untuk industri kecil dan sederhana

Category: Bil. 13

Saiful Azwan Azizan, Azman Hamzah, Mohd Khairul Hafifi Maidin dan Mohd Zaimi Zainol Abidin

Ringkasan

Bepang kacang merupakan salah satu snek makanan kegemaran di Malaysia. Proses pembuatan kuih bepang kacang secara konvensional amat rumit terutamanya ketika proses meratakan dan memotong bepang kacang. Selain itu, pengeluaran bepang kacang juga tidak seragam dari segi saiz dan ketebalan yang mempengaruhi kualiti produk. MARDI telah membangunkan teknologi mekanisasi pemprosesan bepang kacang untuk membantu usahawan dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Teknologi mekanisasi pengeluaran ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu mesin pemasak, mesin perata dan mesin pemotong yang mampu menghasilkan 350 keping bepang kacang dalam satu jam.

Teks Penuh (278 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.