Penyakit darah pisang: latar belakang dan analisis genom bakterium penyakit darah (BDB)
Rafidah Badrun, Norliza Tendot Abu Bakar dan Jameah Baharom
Ringkasan
Pisang merupakan antara enam buah-buahan utama dalam Projek ‘Entry Point’ NKEA untuk program penghasilan buahbuahan. Antara masalah utama tanaman pisang di Malaysia adalah penyakit layu bakteria atau kini dikenali sebagai penyakit darah pisang yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai bakterium penyakit darah atau blood disease bacterium (BDB). Simptom penyakit darah ini ialah daun yang layu, tisu vaskular dan bahagian dalam buah menjadi kehitaman dan akhirnya akan mereput. Sehingga kini, masih tiada lagi pokok pisang yang didapati tahan terhadap penyakit ini. Malah epidemiologi patogen unik ini masih banyak yang tidak diketahui dan perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Kepatogenan BDB bergantung kepada tindak balas gen hipersensitiviti dan kepatogenan (hrp) yang dikenali sebagai gen efektor. Penyelidikan berterusan patogen bakteria BDB perlu diteruskan untuk memanfaatkan sepenuhnya genom BDB. Ini membolehkan kajian untuk lebih memahami kevirulenan dan kepatogenan bakteria BDB. Maklumat dan pengetahuan yang dikumpul dapat membantu dalam menyediakan pelan strategik dan pendekatan integrasi untuk mengatasi penyakit darah pisang dan membantu dalam membangunkan varieti pisang yang tahan rintang terhadap penyakit ini.
Teks Penuh (275 KB)