Gegulung mangga

Category: Bil. 15

Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Syahida Maarof, Raja Arief Deli Raja Nasharudin, Noor Zainah Adzaly, Hadijah Hassan dan Rawaida Rusli

Ringkasan

Gegulung buah atau dikenali sebagai fruit leather dan fruit roll merupakan produk berasaskan buah-buahan yang dikeringkan dan dimakan sebagai snek ringan atau pencuci mulut. Mangga merupakan antara buah-buahan bermusim yang biasa dimakan segar oleh pengguna. Dalam mempelbagaikan produk hasilan mangga di pasaran, gegulung mangga dihasilkan melalui proses percampuran pulpa buah mangga dengan bahan-bahan seperti gula, pektin, asid dan sirap glukosa diikuti proses pengeringan. Kaedah pemprosesan dan penyediaan gegelung mangga ini boleh diaplikasikan oleh pengusaha industri makanan yang berminat untuk menghasilkan produk berasaskan mangga dan snek konfeksi. Teknologi penghasilan gegulung mangga ini merangkumi aspek teknologi prinsip asas pemprosesan, kaedah pemprosesan, kualiti dan aspek ekonomi. 

Teks Penuh (595 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.