Ciri-ciri Ayam Kampung MARDI dan prestasi pertumbuhannya untuk tujuan pengeluaran daging

Category: Bil. 16

Muhammad Mohd Sabri, Noraini Samat, Azlina Azma Ismail Affenddee, Sarah Rasol dan Siti Masidayu Mat Saad

Ringkasan

Baka Ayam Kampung MARDI (AKM) mula dibangunkan sejak tahun 1983 dan didapati mempunyai ciri-ciri yang baik untuk dikomersialkan. Baka AKM mempunyai ciri-ciri fizikal seragam yang memudahkan pengenalan AKM di ladang dan memudahkan pemasaran. Penghasilan daging yang baik dalam tempoh yang singkat untuk kategori ayam kampung tempatan dapat menjadikan ia satu baka ayam kampung yang berdaya saing untuk dipasarkan. Dengan pemeliharaan secara intensif, ia dapat menghasilkan secara purata 1.2 kg berat hidup seekor semasa berumur 12 – 13 minggu. Kadar penyerapan kuning telur oleh anak AKM boleh digunakan untuk memberi indikasi prestasi pertumbuhan yang baik bagi mendapat pulangan yang maksimum daripada kos yang dibelanjakan.

Teks Penuh (644 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.