Teknik penentusahan jantina spermatozoa lembu
Tan Ying Ju, Mahanem Mat Noor, Ainu Husna M S Suhaimi dan Wan Somarny Wan Md Zain
Ringkasan
Teknologi penentusahan jantina spermatozoa merupakan teknologi yang melibatkan pengasingan spermatozoa pembawa kromosom-X dan -Y sebelum persenyawaan. Dalam kajian ini tiga penanda molekul digunakan iaitu Zinc Finger Protein X (ZFX), Sex Determining Region Y (SRY) dan Y-encoded, testis-specific protein (TSPY) yang digunakan dalam teknik menentukan jantina spermatozoa. Teknik penentusahan jantina spermatozoa tersebut adalah tindak balas berantai polimerase (PCR), penghibridan in situberfluoresen (FISH) dan tindak balas berantai polimerase kuantitatif (qPCR). Sampel spermatozoa lembu Bos indicus baka Kedah-Kelantan (KK) sejuk beku digunakan dalam kajian ini.
Teks Penuh (406 KB)