Penggunaan teknologi dalam industri bakeri di Malaysia

Category: Bil. 17

Nik Rahimah Nik Omar, Rasmuna Mazwan Muhammad, Rawaida Rusli, Bashah Ahmad, Siti Zahrah Ponari dan Nur Fazliana Md Noh

Ringkasan

Bakeri adalah industri makanan kedua terbesar yang diceburi oleh usahawan tempatan selepas sektor makanan tradisional. Industri bakeri berkembang pesat daripada 2,261 usahawan pada tahun 2011 kepada 2,869 usahawan pada tahun 2016 (Perangkaan Agromakanan, 2016). Data primer diperoleh daripada 284 usahawan melalui temu bual bersemuka di seluruh Malaysia. Kaedah Fuzzy Logic digunakan untuk menganalisis tahap penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan. Hasil analisis menunjukkan bahawa secara purata tahap penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan bakeri di Malaysia adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa usahawan (12.5%) yang mencapai tahap tertinggi dan boleh menjadi tanda aras bagi usahawan bakeri lain untuk menjadi lebih berdaya saing. Antara senarai parameter teknologi yang digunakan, jaminan kualiti merupakan parameter teknologi yang paling banyak digunakan dan menunjukkan jurang teknologi yang rendah. Ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara usahawan berteknologi tinggi dengan usahawan menggunakan teknologi secara sederhana dari segi menggunakan teknologi ini. Ini merupakan petunjuk yang baik dan mengesahkan kualiti barangan yang dihasilkan oleh industri dengan penggunaan teknologi.

Teks penuh (485 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.