Kaedah mudah penentuan likopena dalam penyaringan buah-buahan tempatan terpilih
Hasnisa Hashim, Mohamed Nazim Anvarali, Syahida Maarof dan Hadijah Hassan
Ringkasan
Penentuan likopena dalam buah-buahan tempatan dan juga sampel makanan/minuman boleh dilaksanakan menggunakan teknik spektrofotometri dengan mudah dan pantas. Kaedah ini sesuai digunakan bagi tujuan penyaringan jumlah kandungan likopena (total lycopene content) dalam kuantiti sampel yang banyak. Beberapa jenis buah tempatan diproses kepada pulpa buah dan kandungan likopena diekstrak menggunakan pelarut heksana:aseton:etanol (2:1:1 v/v/v). Seterusnya kandungan likopena ditentukan menggunakan Spectro UV-Vis Double Beam PC Scanning Spectrophotometer (Model UVD-2950; Labomed, USA) pada jarak gelombang 503 nm. Ujian saringan yang dijalankan menunjukkan tembikai mengandungi likopena tertinggi berbanding dengan buah-buahan tempatan yang lain.
Teks Penuh (252 KB)