Potensi industri jagung bijian di Malaysia

Category: Bil 18

Nor Amna A’liah Mohammad Nor, Mohd Rashid Rabu, Mohd Syauqi Nazmi, Nik Rahimah Nik Omar, Ahmad Zairy Zainol Abidin, Mohamad Hifzan Rosali dan Nurul Huda Sulaiman

Ringkasan

Industri ternakan negara bergantung sepenuhnya kepada jagung bijian yang diimport daripada negara luar seperti Argentina dan Brazil. Malaysia mengimport sejumlah empat juta tan jagung bijian dengan nilai import RM7.3 bilion pada tahun 2018. Pergantungan ini menyebabkan berlakunya defisit dalam imbangan dagangan makanan ternakan sebanyak RM5.1 bilion sekali gus boleh mewujudkan risiko dan ketidakstabilan industri. Tambahan pula, harga jagung bijian import yang tidak stabil dipengaruhi oleh kadar tukaran asing tidak menentu yang turut mempengaruhi kenaikan harga bekalan makanan seperti daging ayam, telur dan khinzir. Berdasarkan kajian penanaman di plot jagung bijian MARDI, purata hasil jagung bijian yang diperoleh ialah 6.5 t/ha semusim. Jumlah kos pengeluaran sehektar berjumlah RM5,089.60 yang mana kos terbesar adalah kos penyediaan perkhidmatan jentera seperti bajak piring, bajak sikat dan bajak putar. Dengan harga jagung bijian RM850/t, hasil yang diperoleh ialah RM435.40. Walau bagaimanapun, semakin tinggi hasil dan harga jualan yang diperoleh, semakin tinggi keuntungan yang akan diperoleh.

Teks Penuh (315 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.