Heliconia mutan sebagai hiasan landskap

Category: Bil 20

Farah Zaidat Mohd Nadzri, Hanim Ahmad, Rozlaily Zainol, Zulhazmi Sayuti, Najah Yahaya dan Nurul Enanee Abd Kadir

Ringkasan

Heliconia nickerensis merupakan salah satu spesies Heliconia yang berwarnaoren kemerahan dan biasanya digunakan sebagai tanaman pagaran dan hiasan landskap. Kebanyakan spesies Heliconia di Malaysia diimport dari luar seperti Thailand dan Hawaii serta menawarkan pilihan warna dan bentuk yang terhad. Kos bahan tanaman menjadi tinggi di samping tiada varieti tempatan yang boleh digunakan dalam industri florikultur di Malaysia. Pembangunan varieti baharu Heliconia ini dijalankan adalah untuk menghasilkan varieti baharu dan memberi pilihan kepada pengguna landskap dan florikultur. Teknik aruhan mutasi menggunakan sinar radiasi gama telah digunakan dan berjaya menghasilkan Heliconia mutan yang berwarna kuning dengan ciri-ciri berbeza daripada Heliconia induk yang menarik dan mempunyai ciri tersendiri.

Teks Penuh (1036 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.