Tanaman hiasan eksotik bunga semusim untuk hiasan taman
Hanim Ahmad, Mohamed Hafeifi Basir, Masnira Mohammad Yusoff, Hamdan Mohd Noor dan Muhammad Aliff Fitri Azali
Ringkasan
Spesies eksotik bunga semusim merupakan tanaman berbunga cantik daripada luar negara boleh berdaptasi untuk dijadikan elemen hiasan taman di negara ini. Melalui kajian adaptasi yang dilakukan, beberapa spesies eksotik bunga semusim berupaya tumbuh dengan baik di peringkat nurseri dan lapangan terbuka. Sesetengah tanaman eksotik sesuai dijadikan pokok hiasan pasuan dan sesetengahnya pula sesuai digunakan sebagai elemen percampuran bagi menghasilkan komuniti tanaman dalam reka bentuk taman. Di taman, komuniti tanaman sentiasa mengeluarkan bunga-bungaan menarik dengan pelbagai warna. Tanaman eksotik bunga semusim berpotensi untuk pasaran tempatan kerana ia mudah dibiak. Secara am, tanaman hiasan eksotik bunga semusim boleh dibiak dengan menyemai biji benih, dibesarkan di dalam nurseri sebelum dipindahkan ke dalam pasu dan kawasan taman terbuka.
Teks Penuh (468 KB)