Hibrid baharu orkid untuk industri florikultur di Malaysia

Category: Bil 20

Nor Hazlina Mat Saat, Rozlaily Zainol, Farah Zaidat Mohd Nadzri, Wan Rozita Wan Engah, Najah Yahaya, Norhasbulloh Abdullah, Nor Afzan Ramli dan Firdaus Fahmi Mohammad Sapar

Ringkasan

Pembangunan varieti baharu orkid berkualiti dan mempunyai nilai eksotik seperti tahan cuaca panas serta berfungsi untuk pasaran versatil amat diperlukan bagi memenuhi keperluan industri florikultur negara. Kombinasi kacukan orkid spesies dan hibrid terpilih telah berjaya menghasilkan 10 hibrid baharu orkid berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai orkid tahan panas pokok pasuan atau landskap. Hibrid baharu orkid yang terhasil ialah Dendrobium Bdmahan, Arundina
29 Suria, Arundina Mentari, Dendrobium Zurina, dua progeni Dendrobium horntype, dua progeni Vandaceous R400 dan R401, dan tiga progeni Spathoglottis WR29, WR01 dan WR49. Promosi terhadap produk florikultur yang terhasil
berupaya membantu meningkatkan peluang dan pengembangan pasaran secara global. Komitmen dan sokongan yang tinggi dari semua pihak amat diperlukan dalam membantu memastikan industri florikultur berkembang pesat di negara ini seiring dengan permintaan pasaran dunia.

Teks Penuh (1057 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.