Pengurusan pembiakan secara massa tanaman hiasan berfungsi yang efisien

Category: Bil 20

Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Sakinah Idris, Masnira Mohamad Yusoff, Hamdan Mohd Noor, Mohamad Hafeifi Basir, Nur Adliza Baharom, Hanim Ahmad dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan

Pengurusan nurseri yang baik seperti aspek pembiakan, pemindahan dan penjagaan anak pokok menentukan pengeluaran bahan tanaman yang berkualiti. Pelbagai teknik pembiakan dijalankan bagi membolehkan spesies terpilih dibiak secara massa untuk tujuan pengeluaran bahan tanaman secara komersial. Pengeluaran tanaman hiasan yang berterusan, seragam dan berkualiti dapat diperoleh dengan pengurusan teknik pembiakan secara aseks/tampang seperti keratan batang, keratan daun, belahan rumpun dan organ khas pokok. Antara tanaman hiasan menarik dan berfungsi menyerap gas toksik yang boleh dibiak secara massa ialah Ledebouria socialis, Ledebouria petiolata, Piper porphyrophyllum, Tradescantia pallida, Schismatoglottis sp., Alocasia reginula, Peperomia puteolata, Peperomia argyreia, Scindapsus pictus dan Eugenia sp.

Teks Penuh (574 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.