Ledebouria petiolata – Tanaman hiasan dalaman berfungsi menyerap gas toksik

Category: Bil 20

Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Masnira Mohamad Yusoff, Sakinah Idris, Mohamad Hafeifi Basir, Hamdan Mohd Noor, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Zainal Mohd Ali

Ringkasan

Ledeuboria petiolata adalah tanaman renek yang mempunyai bebawang dan memiliki daun yang menarik serta unik yang berwarna hijau muda ke hijau gelap dengan permukaan daun bertompok gelap. Tanaman ini sesuai dijadikan hiasan dalaman kerana mampu menyerap gas toksik di samping memberi kesan landskap yang unik di dalam kediaman. Tanaman ini mudah
dibiakkan secara bebawang dan kelopak bebawang bagi menghasilkan anak pokok yang banyak. Bebawang dan kelopak bebawang mengambil masa 6 – 8 minggu untuk berakar dan mengeluarkan pucuk baharu. Melalui
teknik ini, pengeluaran bahan tanaman Ledebouria petiolata dapat dihasilkan secara massa dan berpotensi untuk dikomersialkan sebagai tanaman hiasan dalaman bangunan yang mampu menyerap gas toksik.

Teks Penuh (417 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.