Nanas sebagai tanaman hiasan landskap (Pineapple as an ornamental landscape plant)
Rozlaily Zainol, Nurul Shamimi Abdul Ghani, Nor Afzan Ramli dan Firdaus Fahmi Mohammad Sapar
Ringkasan
Nanas amat berpotensi dijadikan sebagai tanaman hiasan dan landskap terutama di negara tropika yang beriklim panas seperti di Malaysia. Keunikan pada ciri-ciri morfologi vegetatif dan reproduktif pokok serta sifat pokok yang tahan lasak menjadikan nanas sesuai sebagai tanaman hiasan untuk dekorasi luaran dan perlandskapan. Dua titisan baik bakaan nanas OC4 dan OC5 yang terpilih daripada progeni F1 hibrid hasil kacukan nanas tanpa duri (pipping-leaf) dengan nanas tempatan Josapine didapati sesuai untuk kegunaan hiasan taman atau landskap. Nanas OC4 mempunyai pedunkel atau tangkai bunga/buah yang
panjang dengan sinkarp kecil dan berwarna lembut, amat unik dan sesuai sebagai tanaman hiasan tepian atau sempadan. Warna buah dengan bentuk jambul yang menarik memanjangkan lagi tempoh daya tarikan pokok ini di peringkat pembuahan. Warna merah terang pada sinkarp/ inflorescence nanas OC5 merupakan daya tarikan utama bagi titisan ini.
Di samping itu, arkitektur pokoknya yang menarik dengan daun yang terbit seperti floret menjadikannya amat sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu sebagai tanaman hiasan hamparan di kawasan terbuka atau di patio. Sifat pokok nanas OC4 dan OC5 yang mudah ditanam, dijaga dan diurus turut memainkan peranan penting dalam pemilihan tanaman untuk perlandskapan. Kehadiran nanas hiasan sebagai tanaman hiasan dapat menambah lagi kepelbagaian jenis tanaman dan meningkatkan nilaiĀ industri florikultur khususnya industri landskap negara.
Teks Penuh (525 KB)