Pembangunan teknik penghasilan ratu kelulut secara massa dengan kaedah in vitro
Salmah Yaakop
Ringkasan
Kajian berkenaan ratu lebah kelulut telah dijalankan antara Januari 2019 sehingga November 2019. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan ratu lebah kelulut secara massa dengan menggunakan kaedah in vitro. Makanan berbentuk cecair madu untuk larva lebah kelulut telah dikumpulkan menggunakan pam vakum dan perahan tangan untuk digunakan di dalam
penghasilan ratu lebah kelulut. Setelah itu, makanan tersebut diletakkan di dalam plat ELISA menggunakan sukatan yang berbeza. Larva lebah kelulut yang berusia 3 – 5 hari dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Setelah itu, larva dimasukkan ke dalam plat ELISA yang berisi makanan larva lebah kelulut dengan kadar 60, 80, 100 dan 120 ?L. Kemudian plat ELISA diletakkan di dalam inkubator dan pemerhatian dijalankan sehingga larva matang selama lebih kurang 90 hari. Larva dalam plat ELISA yang diisi dengan isi padu makanan berjumlah 60 ?L menunjukkan masa yang diambil oleh larva lebah kelulut untuk menjadi pupa adalah selama 40 hari manakala, bagi makanan yang berisi padu 80 ?L masa yang diambil oleh larva menjadi pupa adalah selama 60 hari dan makanan yang berisi padu 120 ?L pula mengambil masa selama 80 hari untuk larva menjadi
pupa. Larva yang diberi makanan sebanyak 100 ?L dan 120 ?L berjaya menghasilkan ratu lebah kelulut muda. Walau bagaimanapun, kajian adalah dapatan awal dan perlu penyelidikan secara lebih mendalam bagi mengetahui dan memastikan faktor-faktor yang perlu diambil kira bagi menghasilkan ratu lebah kelulut yang sihat dan produktif.