Saringan penyakit hawar daun keladi secara in vitro menggunakan esei kepingan daun terpisah

Category: Bil 21

Nor Asiah Ismail, Nurul Ammar Illani Jaafar, Zulhairil Ariffin, Maya Izar Khaidizar, Nuradni Hashim, Hamizan Abdul Jalil dan Umikalsum Mohamed Bahari

Ringkasan
Keladi (Colocasia esculenta) merupakan sejenis tanaman umbisi yang amat mudah terdedah kepada penyakit hawar daun yang disebabkan oleh kulat Phytophthora colocasiae. Saringan secara in vitro menggunakan kaedah kepingan daun terpisah (detached leaf) telah dijalankan untuk mengenal pasti aksesi keladi yang rintang terhadap P. colocasiae. Keadaan pengkulturan optimum untuk saringan secara in vitro telah disediakan di mana kultur kulat ditumbuhkan di atas medium potato dextrose agar (PDA) selama dua minggu pada suhu 25 °C. Daun keladi yang sihat daripada koleksi bank gen telah diinokulasi dengan spora P. colocasiae pada kepekatan 104 cfu dan 106 cfu, kemudian diletakkan di dalam gelap selama empat hari pada suhu 25 °C. Selepas empat hari inokulasi, simptom hawar pada daun telah direkod berdasarkan kadar indeks penyakit yang telah ditentukan. Berdasarkan sistem saringan in vitro ini, 12 aksesi keladi yang berbeza telah dinilai. Peratusan indeks penyakit (PDI) menunjukkan perbezaan yang signifikan di kalangan aksesi keladi. Saringan in vitro menggunakan
esei kepingan daun terpisah ini merupakan kaedah yang efisien dalam membezakan aksesi keladi berdasarkan kerintangan terhadap P. colocasiae. Walaupun kaedah yang dinyatakan adalah standard untuk penyakit hawar daun keladi, namun kaedah ini mungkin dapat diperluas dengan mudah ke atas sistem penyakit lain yang melibatkan Phytophthora spp.

Teks penuh (715KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.