Penerimaan pengguna terhadap inovasi minuman fermentasi berasaskan buah-buahan nadir MARDI di Lembah Klang: Satu kajian rintis

Category: Bil 21

Rawaida Rusli, Musaalbakri Abdul Manan, Ainur Zunira Md Saad, Nur Fazliana Md. Nor, Hadijah Hassan dan Mohd Shukri Mat Ali@Ibrahim

Ringkasan
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penerimaan pengguna terhadap
ciri atribut produk minuman difermentasi berasaskan buah-buahan nadir
yang dibangunkan oleh MARDI. Produk-produk yang terlibat adalah
minuman kuini difermentasi, minuman ceri Terengganu difermentasi dan
minuman teh difermentasi yang dihasilkan melalui proses fermentasi
dengan menggunakan konsortium strain kombucha. Teknik pensampelan
tertuju ke atas 34 responden digunakan untuk mendapatkan maklum
balas penilaian yang lebih tepat mengenai atribut produk yang dikaji.
Dapatan awal kajian mendapati minuman kuini difermentasi mencatatkan
penerimaan yang tertinggi, diikuti dengan minuman teh difermentasi serta
minuman ceri Terengganu difermentasi. Dapatan awal ini menunjukkan
produk minuman difermentasi berasaskan buah-buahan nadir berpotensi
dan dicadangkan agar kajian ini melibatkan lebih ramai pengguna di
seluruh Malaysia untuk mendapatkan tahap penerimaan yang lebih tepat
dari aspek penilaian atribut setiap produk oleh pengguna.

Teks penuh (537KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.