Bio-flowt: Pemerangkapan gas metana (biogas) melalui pemerangkap mudah untuk kolam kumbahan dan kolam anaerobik
Mohd Saufi Bastami dan Mohd Rosly Shaari
Ringkasan
Pembebasan gas metana daripada kolam kumbahan atau kolam anaerobik sukar dielakkan. Pemerangkapan gas (biogas) yang terbebas menggunakan teknologi biogas kurang popular di kalangan petani dan penternak kecilan kerana kos renovasi kolam dan pembinaan penghadam (digester) yang tinggi. Bio-flowt merupakan satu pendekatan memerangkap gas metana di dalam kolam secara free flow dan float tanpa renovasi, kos murah, serta sedia digunakan. Ia menggunakan konsep apungan dan pemberat. Bio- flowt menggunakan bahan tempatan mudah didapati serta membantu menyimpan gas metana (biogas) dengan selamat. Bio-flowt boleh dibina mengikut pelbagai saiz, kemampuan kos serta kapasiti kolam. Hasilan gas yang terperangkap boleh dibakar atau dimanfaatkan. Penggunaan dapur bio daripada dapur memasak yang diubah suai membantu penggunaan Bio- flowt secara bersih. Penggunaan Bio-flowt dan dapur bio membantu negara dan dunia dalam mengurangkan pembebasan gas metana ke atmosfera. Penggunaan Bio-flowt secara meluas dapat menjimatkan ribuan ringgit dan membantu memperlahankan kesan pemanasan global.
Teks penuh (10000KB)