MyGeneBank: Ketersediaan sumber genetik tanaman untuk dibangunkan sebagai sumber makanan bagi menghadapi ancaman wabak dan perubahan iklim masa hadapan

Category: Bil 21

Muhammad Shafie Md Sah, Khadijah Awang, Site Noorzuraini Abd Rahman, Gerten Dominic, Izlamira Roslan dan Rosliza JajuliĀ 

Ringkasan
MARDI telah mengambil pendekatan pemuliharaan secara ex situ dalam memastikan sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian terjamin. Kaedah pemuliharaan ex situ yang diguna pakai ialah bank gen biji benih dan bank gen ladang. Walaupun kedua-dua cara mempunyai kelebihan dan kekurangannya, namun kaedah ini merupakan cara yang paling efektif untuk mengurangkan impak kehilangan dan kepupusan sumber genetik dari habitat asalnya. Dengan koleksi germplasma yang terbesar di negara ini, banyak perkara yang boleh diterokai oleh pemegang taruh dalam mengeksploitasi sumber agrobiodiversiti negara untuk jaminan keselamatan makanan terutamanya ketika negara menghadapi kekurangan bekalan makanan sewaktu wabak pandemik mahupun impak perubahan iklim pada masa akan datang.

Teks penuh (255KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.