Kultur tisu keladi musang

Category: Bil 21

Suryanti Bustam, Nur Atisha Shamsuddin, Abdul Muhaimin Abdul Kadir, Noor Camellia Noor Alam dan Umikalsum Mohamed Bahari 

Ringkasan
Xanthosoma violaceum Schott dianggap sebagai tanaman kanji yang berpotensi untuk ekonomi kerana daun yang mempunyai sifat antioksida/ merencatkan radikal bebas. Bahagian ‘aerial’ (daun dan batang) mempunyai ciri-ciri antihiperglisemia yang boleh menurunkan aras kandungan gula dalam darah pesakit diabetes. Selain itu, ia juga mempunyai sifat antinociceptive untuk mengurangkan rasa sakit. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi teknik kultur tisu in vitro sebagai kaedah pembiakan alternatif untuk spesies ini. Pucuk in vitro X. violaceum yang steril/bersih telah terhasil selepas satu bulan dalam medium semisolid Murashige dan Skoog (MS) asas daripada 1 cm eksplan yang mengandungi meristem pucuk yang diperoleh daripada anak pokok muda dari tapak semaian. Pucuk in vitro ini membentuk anak pokok dan dijadikan sebagai sumber eksplan untuk menghasilkan lebih banyak anak pokok menggunakan medium MS
semisolid ditambah dengan Benzil amino purina (BAP) dan Thidiazuron (TDZ). Kajian ini mencadangkan bahawa tahap hormon optimum yang boleh digunakan untuk penggandaan anak pokok ialah 10 – 20 ?M BAPatau 5 – 20 ?M TDZ yang menghasilkan lima anak pokok selepas empat minggu tempoh kultur. Walau bagaimanapun, untuk anak pokok yang
57 akan digunakan terus untuk proses aklimatisasi selepas penggandaan, disarankan untuk menggunakan 5 – 10 ?M BAP kerana ia menghasilkan 100% kebolehan untuk terus hidup semasa aklimatisasi.

Teks penuh (1008KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.