Pencirian kimia metabolit sekunder berkait pertahanan daripada betik menggunakan Kromatografi Cecair Spektrometri Jisim Masa Penerbangan Quadrupole (LCMS Q-TOF)

Category: Bil 21

Mohd Zulkhairi Azid, Razean Haireen Mohd Razali, Razali Mirad, Siti Aisyah Mohd Noor dan Nurul Ain Anuar

Ringkasan
Tumbuhan menghasilkan metabolit sekunder apabila dalam keadaan tekanan biotik seperti serangan oleh patogen (fungus dan bakteria). Kumpulan metabolit sekunder seperti alkaloid, terpenoid dan fenolik merupakan metabolit sekunder yang berperanan penting dalam sistem pertahanan tumbuhan. Pencirian kimia metabolit sekunder menggunakan LCMS Q-TOF merupakan kaedah pencirian yang tepat dan cepat berdasarkan padanannya dengan pangkalan data sedia ada. Selain itu,
amaun sampel bagi analisis juga adalah sedikit. Pencirian kimia metabolit sekunder daripada spesies Carica papaya yang telah diinokulat dengan virus cincin betik telah dijalankan bagi menentukan metabolit yang berpotensi dalam mempertahankannya daripada serangan virus tersebut. Berdasarkan analisis LCMS Q-TOF yang dijalankan, dua metabolit sekunder yang bertindak terhadap serangan virus cincin betik ialah asid antranilik dan p-aminobenzoik asid. Pencirian kimia kedua-dua metabolit
sekunder tersebut ditentukan berdasarkan padanan data jisim molekul dengan pangkalan data sedia ada. Pencirian kimia metabolit sekunder menggunakan LCMS Q-TOF yang telah dibangunkan dengan sedikit pengubahsuaian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan bagi membantu para penyelidik dalam menentukan metabolit sekunder dalam tumbuhan lain pada masa akan datang

Teks penuh (913KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.