Penanda molekul bagi prestasi pertumbuhan dalam kambing Katjang-Boer

Category: Bil 22

Amie Marini Abu Bakar, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd. Hafiz Abd. Wahab, Izuan Bahtiar Ab. Jalal, Mohd Rosly Shaari, Mohd. Firdaus Othman dan Md. Tasol Sagiman

Ringkasan
Kambing kacukan Katjang-Boer merupakan hasil penyelidikan program pembiakbakaan berstruktur. Program pembiakbakaan ini dijalankan sehingga generasi F3 secara inter se mating. Prestasi pertumbuhan merupakan parameter ekonomi yang penting dalam program pembiakbakaan. Dalam ternakan kambing, gen hormon pertumbuhan (GH gene) yang mengawal
ciri prestasi pertumbuhan adalah spesifik dan mempunyai saiz jujukan tersendiri. Kajian genetik menggunakan kaedah penanda molekul ABGH adalah berpotensi bagi mengenal pasti kambing yang mempunyai prestasi pertumbuhan tinggi untuk memperoleh pertumbuhan maksimum pada kadar yang optimum. Melalui penggunaan kaedah penanda molekul, kambing yang mempunyai prestasi pertumbuhan tinggi dapat dikenal pasti pada peringkat lebih awal dan secara tidak langsung menjimatkan kos pengurusan.

Teks penuh (513KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.