Kualiti semen Ayam Kampung MARDI

Category: Bil 22

Habsah Bidin

Ringkasan
Semen yang berkualiti adalah penting dalam menentukan kejayaan sesuatu program pembiakbakaan haiwan. Penilaian kualiti semen adalah penting bagi menentukan potensi seekor pejantan sebelum digunakan dalam program permanian beradas (AI) ataupun pembiakan semula jadi. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti pejantan Ayam Kampung MARDI (AKM) yang berpotensi sebagai pembiakbaka berdasarkan kualiti semen. Hasil kajian menunjukkan hanya 20 daripada 30 ekor ayam jantan tersebut menunjukkan tindak balas dan mengeluarkan semen, manakala hanya 12 individu yang menunjukkan potensi sebagai pembiakbaka dengan mengandungi 80% sperma hidup dan kurang daripada 5% sperma dengan morfologi yang tidak normal. Kualiti semen untuk 12 ekor ayam pembiakbaka kualiti semen adalah dalam julat yang normal walaupun terdapat variasi dalam beberapa parameter yang dikaji.

Teks penuh (573KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.