Pembangunan papan pemuka bagi membantu pemilihan aksesi padi yang baik

Category: Bil 22

Muhammad Izzat Farid Musaddin

Ringkasan
Agrobiodiversity Information System (AgrobIS) merupakan sistem yang dibangunkan untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan pemuliharaan sumber genetik padi dan lain-lain. Namun, modul laporan sedia ada yang terdapat dalam sistem AgrobIS versi terkini cuma boleh memaparkan jumlah aksesi yang telah terkumpul mengikut kategori genus tanpa mempunyai fungsi untuk menapis data. Penapisan data amatlah berguna bagi pengguna yang berkepentingan seperti pembiakbaka dan penyelidik padi untuk memperoleh maklumat aksesi yang bagus berdasarkan ciri-ciri yang terpilih. Oleh itu, papan pemuka MARDI Rice Genebank Dashboard telah dibangunkan bagi mengatasi masalah penapisan data tertentu dalam pangkalan data AgrobIS.

Teks penuh (1226KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.