Kadaria 1 – Varieti padi hibrid pertama MARDI

Category: Bil 22

Mohd Solihen Jamal, Elixon Sunian, Asfaliza Ramli, Rahiniza Kamaruzaman, Noorman Affendi Marzukhi, Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Shahida Hashim, Siti Norsuha Misman, Kogeethavani Ramachandran, Mohd Fitri Masarudin, Maisarah Mohamad Saad, Erwan Shah Shari dan Dilipkumar Masilamany

Ringkasan
Padi hibrid merupakan generasi atau filial pertama (F1) yang terhasil daripada kacukan antara dua varieti padi yang berbeza latar belakang genetiknya. Teknologi ini berpotensi meningkatkan pengeluaran padi sebanyak 15 – 20% bagi setiap hektar penanaman. Pada tahun 2019, MARDI telah mengisytiharkan varieti padi hibrid tempatan pertama yang dinamakan Kadaria 1 bersempena kawasan ia mula diperkenalkan. Kadaria 1 merupakan 100% varieti padi hibrid tempatan yang mana kesemua induknya iaitu 0025A, 0025B dan 004R telah dibangunkan oleh MARDI. Varieti ini mempunyai tempoh matang 104 – 106 hari selepas tabur dan dikategorikan sebagai matang awal. Kandungan amilosa sederhana dan kandungan konsistensi gel sederhana keras memberikan tekstur nasi seroi selepas dimasak. Kadaria 1 rintang kepada penyakit karah daun dan karah tangkai. Namun begitu, ia sederhana rentan terhadap hawar daun bakteria, hawar seludang, penyakit merah virus dan benah perang. Di peringkat LVT, Kadaria 1 telah mencatatkan hasil tertinggi di Tanjung Karang pada musim kedua iaitu 12.2 t/ha diikuti di Arau pada musim kedua iaitu 9.7 t/ha dan di Teratak Pulai musim pertama iaitu 7.3 t/ha. Selain itu, varieti ini didapati berpotensi meningkatkan hasil melebihi 15% berbanding dengan penanaman padi inbred di kawasan seperti Mulong, Teratak Pulai dan Tanjung Karang pada kedua-dua musim penanaman. Oleh itu, varieti ini telah disyorkan penanamannya di kawasan tanah sederhana subur seperti di KADA bagi meningkatkan hasil dan pengeluaran padi di kawasan tersebut.

Teks penuh (760KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.