Penilaian tahap ketoksikan bagi penentuan tahap keselamatan produk baharu melalui model tikus di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI
Syahida Maarof, Hadijah Hassan, Nurhafiqa Muhammad Hayadi dan Nor Hasana Yunus
Ringkasan
Kajian toksikologi dan data praklinikal yang diperoleh amat penting untuk diaplikasikan bagi manfaat manusia. Kajian yang menunjukkan kesan atau perubahan yang tidak normal adalah berkait dengan kesan ketoksikan. Perubahan tersebut termasuklah perubahan morfologi tisu yang dikesan melalui penilaian histologi dan perubahan terhadap parameter analisis seperti hematologi dan profil biokimia darah. Perbezaan dos adalah amat penting dalam kajian toksikologi kerana dos berbeza akan memberikan kesan yang berlainan. Sebarang perubahan parameter hematologi yang ditemui melalui kajian haiwan dapat memberikan jangkaan ketoksikan yang akan berlaku dalam sistem hematologi manusia. Perubahan dalam parameter biokimia klinikal darah juga menjadi penentu kepada kefungsian organ utama seperti hati dan ginjal akibat ketoksikan sesuatu bahan.
Artikel ini menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan prosedur kajian ketoksikan dijalankan dan parameter ujian yang dinilai. Ia juga menerangkan bagaimana dos selamat ditentukan dan dipilih untuk diaplikasikan dalam kajian lanjut seperti kajian efikasi.
Teks penuh (202KB)