Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang penternakan
Nooraisyah Saharani
Ringkasan
Proses penetasan telur ayam bermula daripada penerimaan telur bernas dari ladang. Telur yang terpilih akan difumigasi terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bilik sejuk. Telur yang telah sedia untuk dieram akan direhatkan sebelum dipindahkan ke dalam mesin eram selama 18 hari. Pada hari ketujuh dan ke-18, pendianan dilakukan untuk menentukan kadar kebernasan telur dan kadar kematian telur sebelum dipindahkan ke dalam mesin tetas. Selepas tiga hari di dalam mesin tetas, anak ayam berumur sehari (DOC) akan keluar selepas cukup 21 hari. Anak ayam yang terpilih sahaja akan diasingkan manakala yang tidak akan ditakai. Anak ayam yang terpilih seterusnya dimasukkan ke dalam sangkar penghantaran untuk dihantar ke destinasi mengikut permintaan daripada peternak ayam.
Teks Penuh (3123 KB)