Aklimatisasi kultur tisu nanas MD2 di nurseri dan prestasi pertumbuhan di ladang
Hartinee Abbas, Zuraida Ab Rahman, Mohd Farid Ahmad Fauzi, Ayu Nazreena Othman, Izwal Anuar Shaffiee@Shafie dan Mohamad Saiful Ghazali
Ringkasan
Aklimatisasi anak pokok kultur tisu sangat penting dalam memastikan peratus kejayaan anak benih yang dapat dipindahkan ke ladang meningkat. Penggunaan medium yang sesuai, suhu persekitaran dan kelembapan sangat memainkan peranan yang penting. Di samping itu, pembajaan yang sesuai akan mempercepatkan pengeluaran akar dan mempengaruhi pertumbuhan anak pokok tisu. Pertumbuhan anak pokok tisu yang cepat akan memendekkan tempoh aklimatisasi dan anak benih boleh segera dipindah tanam ke ladang seawal tiga bulan. Keadaan ini akan menjimatkan masa dan kos pengeluaran yang diperlukan oleh pengusaha tanaman nanas.
Teks penuh (2.62MB)