Peningkatan skala pemprosesan tepung ubi VitAto berskala makmal di MARDI Serdang

Category: Bil 23

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Faridah Hussin, Aida Hamimi Ibrahim, Khairunnizah Hazila Khalid dan Rawaida Rosli

Ringkasan

Pengeluaran tepung VitAto melalui peningkatan skala makmal telah dilaksanakan dengan menggunakan 25.00 kg dan 66.00 kg ubi keledek VitAto yang dituai segar. Semua langkah pemprosesan telah dilakukan dengan menggunakan kemudahan minimum yang sedia ada di Kilang Perintis MARDI di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor dengan dibantu oleh tiga orang pekerja terlatih. Keputusan menunjukkan bahawa peratus penukaran tepung daripada ubi keledek VitAto ialah 18.5% bagi operasi yang melibatkan berat bahan mentah 25.00 kg dan 21.40% bagi 66 kg 83 yang mana melibatkan operasi pemprosesan lapan jam sehari. Harga sekilogram tepung setelah mengambil kira kos pengeluaran sebulan untuk kedua-dua kelompok proses masing-masing ialah RM41.26/kg dan RM17.94/kg. Kapasiti pengeluaran tepung VitAto boleh dipertingkatkan dengan mengambil kira beberapa cadangan seperti peningkatan fungsi peralatan dan fasiliti melalui penggunaan peralatan dan mesin berfungsi automatik sepenuhnya atau semiautomatik bagi menggantikan tenaga kerja manusia untuk pemprosesan terpilih. Di samping itu, penggunaan mesin pengering yang berkapasiti lebih tinggi, moden dan terkini mampu memendekkan masa, meningkatkan pengeluaran produk dan juga mengurangkan kos operasi.

Teks penuh (248KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.