Pembajaan secara kadar boleh ubah melalui kaedah On-the-go bagi padi

Category: Bil 23

Badril Abu Bakar, Jusnaini Muslimin, Muhammad Naim Fadzli Abd. Rani, Mohd. Aufa Mhd. Bookeri, Mohd Zamri Khairi Abdullah dan Ramlan Ismail

Ringkasan
Amalan biasa dalam kalangan petani padi di Malaysia adalah menggunakan satu kadar baja sahaja untuk keseluruhan ladang. Walau bagaimanapun, keadaan kesuburan di dalam petak sawah adalah berbeza-beza. Penggunaan baja yang berlebihan menyebabkan peningkatan kos input dan boleh merosakkan alam sekitar. Fokus kajian ini adalah untuk membangunkan kaedah untuk aplikasi baja berpandukan kepada status nutrien tanaman padi. Pendekatan pembelajaran mesin digunakan untuk membangunkan model ramalan status nitrogen tanaman. Model ini menggunakan data spektral daripada penderia pantulan kanopi aktif dan beberapa indeks vegetasi sebagai input. Keluaran model tersebut adalah status nitrogen tanaman padi yang dikelaskan kepada tiga kategori; “rendah”, “sederhana” dan “tinggi”. Model ini kemudian dimasukkan ke dalam sistem aplikasi baja kadar berubah ”on-the-go”. Sistem ini akan menghasilkan satu daripada tiga kadar aplikasi baja bergantung kepada status nutrien nitrogen tanaman. Prestasi sistem kemudian dinilai di lapangan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa model tersebut mencapai ketepatan 83% dalam mengklasifikasikan status nitrogen tanaman padi. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan baja hingga 20% dengan hasil pengeluaran yang sama. Penemuan ini adalah penting bagi petani ladang besar yang ingin meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Teks penuh (215KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.