Varieti padi baharu MARDI: MR 315

Category: Bil 23

Elixon Sunian, Mohd Solihen Jamal, Shamsul Amri Saidon, Amirudin Mokhtar, Rahiniza Kamaruzaman, Asfaliza Ramli, Shahida Hashim, Kogeethavani Ramachandran, Siti Norsuha Misman, Mohd Fitri Masarudin, Maisarah Mohamad Saad, Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Shajarutulwardah Mohd Yusob, Hanisa Hosni, Badrulhadza Amzah, NurulNahar Esa, Hairazi Rahim, Zakiah Mohd Zuki dan Hamidah Mohd Sarif

Ringkasan
MR 315 merupakan varieti baharu MARDI yang dibangunkan menggunakan kaedah kacuk-ulang antara titisan padi Y1512 (MR 256) dan MR 253 sebagai induk ulangannya. Kacukan dilaksanakan pada musim luar 2006/2007 diikuti dengan pemilihan pedigri dan penilaian hasil di MARDI Seberang Perai yang kemudiannya dimajukan untuk penilaian G × E di jelapang padi utama. Secara amnya, MR 315 adalah matang awal (105 – 109 hari), pokok yang rendah (103.3 – 106.3 cm), pengisian biji bernas per tangkainya sekitar 88.3 – 88.6% dan berat seribu biji sekitar 29.5 – 30.0 g. MR 315 mempunyai beras yang panjang dan tirus, kandungan amilosanya sederhana (22.6 – 23.0%) dan penghasilan beras kepala melebihi 80%. Tambahan pula, MR 315 menunjukkan kerintangan yang baik kepada karah tangkai serta sederhana rintang kepada penyakit karah daun dan hawar daun seludang. Penilaian di multi-lokasi menunjukkan hasil bersih tertinggi direkodkan di Telok Chengai (Kedah), Arau (Perlis) dan Sungai Besar (Selangor) yang masing-masing menghasilkan 7.16, 7.11 dan 6.98 t/ha. Percubaan di penentusahan setempat (LVT), MR 315 merekodkan hasil yang baik di Sungai Besar dan Simpang Lima, Barat Laut Selangor yang mana masing-masing menghasilkan 8.3 t/ha dan 7.5 t/ha. Analisis model AMMI dan GGE menunjukkan MR 315 kurang sensitif dan stabil kepada faktor persekitaran, oleh itu varieti ini dianggap mempunyai adaptasi yang baik dan boleh disyorkan penanamannya di kebanyakan kawasan jelapang.

Teks penuh (2.19MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.