Senario global dan domestik industri ubian utama

Category: Bil 23

Nur Fazliana Md Noh dan Rawaida Rusli

Ringkasan
Tanaman ubian di Malaysia yang terdiri daripada ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi dikategorikan sebagai tanaman kontan/ladang dengan pelbagai kegunaan sama ada dalam industri makanan mahupun pembuatan di samping kandungan khasiat yang tinggi. Artikel ini, memberikan gambaran trend keluasan tanaman, pengeluaran domestik dan perdagangan antarabangsa sebagai indikator utama yang dapat memberikan gambaran senario industri ubian tempatan di peringkat nasional dan global. Laporan daripada Jabatan Pertanian Malaysia juga menunjukkan keluasan bertanam bagi tanaman ubian ini juga semakin berkurang serta pengeluaran ubi kayu dilihat semakin menurun dengan kadar purata penguncupan tahunan (CAGR) -17.98% bagi tempoh lima tahun (2013 – 2018). Manakala terdapat 2.83% kenaikan pada pengeluaran ubi keledek bagi tempoh yang sama. Terdapat juga ketidaktentuan eksport ubi kayu dalam tempoh 2013 – 2018. Kebergantungan import 2018 bagi bekalan ubi kayu semakin meningkat dengan kadar 108% dan 1.4% bagi ubi keledek berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini ekoran permintaan yang tinggi terhadap industri pemprosesan snek makanan ringan yang semakin berkembang. Turut diselitkan teknologi tanaman (varieti yang telah berjaya dihasilkan) dan inovasi produk ubian yang dibangunkan oleh MARDI.

Teks penuh (1.08MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.