Penilaian tahap penggunaan teknologi padi MARDI di Muda Agricultural Development Authority (MADA)

Category: Bil 23

Hairazi Rahim, Engku Elini Engku Ariff dan Mohd Zaffrie Mat Amin

Ringkasan
Kebanyakan hasil padi datangnya dari kawasan jelapang-jelapang utama negara dan sebagai makanan ruji penduduk Malaysia, peningkatan dalam pengeluaran padi turut bergantung pada inovasi teknologi dalam setiap fasa penanaman. Antaranya adalah fasa penyediaan ladang, penaburan benih, pengairan, percambahan biji, pengurusan penyakit dan perosak, serta fasa penuaian. Seluruh fasa pengeluaran menyumbang kepada prestasi pengeluaran tanaman padi yang dapat dinilai pada akhir musim. Oleh itu, pemodenan dan inovasi adalah penting pada setiap peringkat pengeluaran seperti mekanisasi, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan peningkatan pengurusan. Pelbagai inovasi teknologi telah dibangunkan oleh MARDI bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran padi. Namun, adakah pembangunan teknologi sampai kepada petani dan dimanfaatkan di kawasan penanaman padi? Kajian ini akan menilai tahap pengetahuan petani di MADA berkenaan teknologi padi MARDI serta penggunaan teknologi-teknologi berkaitan yang diguna pakai bagi menjalankan aktiviti harian dalam penanaman padi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan petani tahu dan menggunakan varieti padi MARDI. Namun, bagi teknologi lain seperti teknologi mekanisasi dan automasi, serta teknologi kawalan penyakit dan serangga, kebanyakan petani tahu dan guna teknologi MARDI namun sangat sedikit yang mengetahui bahawa teknologi itu dibangunkan oleh MARDI. Kebanyakan petani di MADA juga menyedari adanya teknologi baru untuk penanaman padi, namun tidak mengetahui bahawa teknologi itu dibangunkan oleh MARDI walaupun teknologi tersebut diguna pakai dalam rutin harian penanaman padi. Kaedah penyampaian yang berkesan perlu diperkasakan oleh MARDI dan agensi berkaitan bagi memastikan petani mendapat manfaat daripada inovasi teknologi dan menjamin kelestarian penanaman padi mereka pada masa hadapan.

Teks penuh (177KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.