Keropok lekor cendawan sejuk beku

Category: Bil 23

Mohd Irwani Hafiz Sahid, Mohd Hafiz Fikri Hazemi, Khairul Asfamawi Khulidin, Juliana Yaakub dan Nurul Lieyana Ibrahim

Ringkasan
Keropok lekor cendawan sejuk beku dibangunkan dengan menggunakan cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulmonarius), cendawan volvareilla (Volvareilla spp.) dan cendawan kukur (Schizophyllum spp.) mempunyai nilai gizi yang baik dan tersendiri bergantung kepada jenis cendawan yang digunakan. Produk keropok lekor cendawan sejuk beku berpotensi dikormersialkan kerana boleh disimpan secara sejuk beku yang akan meningkatkan jangka hayat produk. Selain itu, produk keropok lekor cendawan juga boleh meningkatkan nilai tambah kepada industri cendawan sekali gus membantu masalah lambakan cendawan yang bermusim kepada penanam cendawan. Produk ini juga merupakan inovasi yang dapat mempelbagaikan produk keropok lekor yang terdapat di pasaran. Kajian pemprosesan keropok lekor cendawan telah dijalankan dan bersedia dikormersialkan.

Teks penuh (783KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.