Kajian kesan hidrolisat protein isi ikan tilapia hitam terhadap ciri antihipertensi ke atas tikus hipertensi

Category: Bil 23

Madzlan Kasran, Nor Salasiah Mohamed dan Zolkapli Eshak

Ringkasan
Hidrolisat protein ialah protein spesifik yang mengalami proses degradasi secara hidrolitik kepada komponen peptida yang lebih kecil. Selain bertindak sebagai sumber nitrogen dan asid amino, ia mempunyai pelbagai fungsi fisiologi dalam badan. Hidrolisat protein yang mempunyai ciri antihipertensi telah dihasilkan secara hidrolisis berenzim daripada 108 isi ikan tilapia hitam. Kajian antihipertensi hidrolisat protein secara in vivo menggunakan model tikus dan in vitro terhadap serum tikus telah
dijalankan. Kajian kesan hidrolisat protein terhadap status enzim hati dan fungsi buah pinggang dalam tikus hipertensi juga dijalankan. Selain itu, kesan hidrolisat protein ke atas sel darah juga dijalankan. Hidrolisat protein menunjukkan ciri antihipertensi yang sama seperti carvedilol dengan menurunkan tekanan darah tikus hipertensi kepada tekanan darah normal.
Kajian in vitro terhadap serum darah juga menunjukkan aktiviti enzim ACE dapat direncatkan apabila dirawat dengan hidrolisat protein. Kajian ke atas tikus hipertensi terhadap aras enzim hati menunjukkan rawatan dengan hidrolisat protein dapat menurunkan aras enzim hati (ALP, ALT dan GGT) dan kandungan mineral (Na+, K+ dan Cl- ) untuk fungsi buah pinggang pada aras yang normal. Tiada perbezaan yang signifikan diperhatikan bagi kandungan sel darah merah, sel darah putih dan platelet darah bagi semua kumpulan tikus di akhir eksperimen.

Teks penuh (365KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.