Teknik penentuan kualiti daun teh dan produk berasaskannya berdasarkan sebatian kimia utama

Category: Bil 23

Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Noor Fadzlina Inche Zainal Abidin dan Faridah Hussin

Ringkasan
Teh ataupun secara saintifiknya dikenali sebagai Camellia sinensis merupakan salah satu minuman harian utama yang terkenal di seluruh dunia. Perkembangan ini telah dipacu oleh kesedaran masyarakat secara tradisi mengenai khasiatnya terhadap kesihatan manusia di samping rasanya yang enak. Dalam kajian ini, teknik analisis sebatian kimia utama dikenali sebagai katekin, epikatekin, kafein, teanin dan teaflavin telah dibangunkan dengan melibatkan dua proses utama. Proses yang pertama melibatkan pengekstrakan sebatian kimia utama menggunakan kombinasi pelarut iaitu air dan metanol pada nisbah 7:3. Sampel teh terlebih dahulu direndam dalam 7 mL air panas selama 10 minit. Rendaman ini kemudiannya ditambah dengan 3 mL pelarut metanol dan dibiarkan selama 10 minit. Rendaman seterusnya ditapis menggunakan kertas turas bagi mendapatkan ekstrak. Proses yang kedua melibatkan analisis kimia di mana ekstrak disuntik ke dalam peralatan High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Lima sebatian kimia utama dapat dikesan secara serentak antara lingkungan masa 5.097 – 11.417 minit. Teknik yang dibangunkan ini dipercayai dapat mempercepatkan proses kawalan kualiti daun teh dan produk berasaskannya berdasarkan sebatian kimia utama.

Teks penuh (1.07MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.