Pembaikbakaan berbantukan penanda molekul dalam menambah baik kerintangan varieti MR 219 terhadap penyakit karah padi

Category: Bil 23

Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Muhammad Bahagia Ab Ghaffar, Siti Norsuha Misman, Siti Norhayati Ismail, Muhammad Fairuz Mohd Yusof dan Nor Helwa Ezzah Nor Azman

Ringkasan
Penyakit karah padi yang disebabkan oleh M. oryzae merupakan salah satu penyakit utama yang telah menyebabkan pengurangan hasil pengeluaran padi. Penanaman varieti yang rintang terhadap penyakit karah merupakan kaedah yang terbaik dari segi persekitaran dan ekonomi bagi menangani masalah ini. Sehingga kini, lebih daripada 100 gen major yang rintang terhadap penyakit karah telah dikenal pasti. Kajian terdahulu mencadangkan bahawa induk yang membawa gen Pi9 menunjukkan kerintangan spekrum luas terhadap isolat M. oryzae di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengintrogresikan gen Pi9 daripada induk IRTP21683 ke dalam varieti komersial MR 219 yang rentan terhadap penyakit karah dengan menggunakan teknologi pembaikbakaan berbantukan penanda molekul. Teknologi MAB ini terbukti sebagai satu kaedah yang efektif dalam membangunkan varieti yang rintang terhadap tekanan biotik dan abiotik.

Teks penuh (487KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.