Bakteriofaj: Agen kawalan biologi berpotensi bagi penyakit layu bakteria darah pada pisang

Category: Bil 23

Nur Sulastri Jaffar dan Md Nurul Khalid Koyube

Ringkasan
Penyelidikan penggunaan bakteriofaj iaitu sejenis virus “pemakan bakteria” dilihat semakin mendapat perhatian dalam bidang pertanian bagi pengurusan bersepadu penyakit bakteria secara biologi pada tanaman. Tidak seperti penggunaan racun kimia, bakteriofaj lebih bersifat mesra alam dan kehadirannya yang hidup secara semula jadi di persekitaran adalah kurang berbahaya jika terdedah kepada manusia. Kecenderungan penggunaan bakteriofaj ini dilihat pada sifatnya yang tidak tosik, mampu mereplikasi secara kendiri, bersifat hos spesifik, berupaya mengatasi kerintangan dan mudah dihasilkan. Dalam kajian ini, dua bakteriofaj yang dipencilkan telah dikenal pasti berpotensi terhadap Ralstonia syzygii subsp. celebesensis iaitu bakteria yang menyebabkan penyakit layu pada pisang melalui bioasai secara in vitro.

Teks penuh (289KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.