Manipulasi berat rizom benih bagi meningkatkan hasil halia yang ditanam menggunakan kaedah konvensional dan fertigasi

Category: Bil 23

Yaseer Suhaimi Mohd dan Suwardi Afandi Ahmad

Ringkasan
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe merupakan tanaman yang tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Halia dibiakkan daripada rizom matang yang dipanggil sebagai rizom benih. Bahan tanaman atau rizom benih memberikan kesan kepada pulangan ekonomi projek, tumbesaran dan hasil tanaman halia. Penggunaan rizom benih yang besar dan berat akan menyebabkan kenaikan kos bahan tanaman manakala penggunaan rizom benih yang kecil dan ringan merencatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasil. Penggunaan rizom benih dengan berat 100 g didapati meningkatkan prestasi tumbesaran tanaman dan hasil halia Bentong. Penggunaan rizom benih yang besar dan berat meningkatkan kos bahan tanaman. Namun begitu, hasil rizom didapati turut meningkat dan seterusnya meningkatkan pendapatan dan keuntungan bersih projek. Justeru, petani, pengusaha atau usahawan tani disyorkan menggunakan berat rizom benih antara 50 – 100 g bagi memastikan pengeluaran halia yang tinggi bagi sistem pengeluaran secara fertigasi mahupun konvensional.

Teks penuh (207KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.