Teknologi pengeluaran anak benih kultur tisu tanaman nanas Maspine

Category: Bil 23

Zuraida Ab Rahman, Hartinee Abbas, Ayu Nazreena Othman dan Nur Najwa Arifah Basiron

Ringkasan
Nanas Maspine berjaya dipropagasi dengan menggunakan teknik kultur tisu seperti yang ditunjukkan dengan jelas dalam kajian penyelidikan yang dijalankan di MARDI. Bahagian meristem adalah jenis eksplan yang sesuai digunakan dan responsif kepada penggandaan penghasilan anak benih kultur tisu. Pucuk pemula daripada sulur terbentuk selepas 8 – 10 minggu pengkulturan ke atas medium agar yang mengandungi 5.0 mg/L BAP (hormon). Kadar pengeluaran pucuk atau propagasi lebih efektif apabila pucuk pemula dipindahkan ke dalam medium cecair yang digoncangkan menggunakan orbital shaker. Semasa proses subkultur dijalankan, pucukpucuk perlu dibuang bagi menggalakkan pengeluaran pucuk baharu yang lebih banyak. Proses aklimatisasi tanaman nanas Maspine kultur tisu telah berjaya dan tanaman ini hidup di rumah jaring sehingga dipindahkan ke ladang MARDI Sintok, Kedah. Hasil buah nanas Maspine daripada benih kultur tisu yang menggunakan baja seperti disarankan menghasilkan buah yang manis pada brix 17 – 18 °Brix.

Teks penuh (466KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.