Pembiakan mangga Harumanis menggunakan teknik keratan mikro

Category: Bil 23

Zul Helmey Mohamad Sabdin, Muhammad Najib Othman Ghani, Shahril Ab Razak, Mashitah Jusoh, Mohd Izwan Lazim, Mohd Farid Ahmad Fauzi, Ahmad Hafiz Buniamin, Muhamad Hafiz Muhamad Hassan dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan

Harumanis boleh dibiak dengan menggunakan kaedah keratan mikro daripada anak benih muda nuselar (tulen) yang berumur 30 hari selepas bercambah. Ini kerana biji benih mangga Harumanis dapat menghasilkan lebih daripada satu anak benih daripada satu biji benih yang sama dan 97% anak benih yang bercambah adalah nuselar yang boleh digunakan sebagai sumber keratan untuk menghasilkan bahan tanaman yang tulen dan berkualiti. Sumber keratan muda ini mempunyai kandungan jumlah gula terlarut (TSS) tinggi yang dapat membantu merangsang pembentukan awal akar adventitius. Campuran medium peat moss dan pasir pada nisbah 70:30 (v:v) didapati dapat menghasilkan peratusan pengakaran yang tinggi sehingga 96% bagi keratan muda Harumanis.

Teks penuh (4.7MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.