Varieti padi MRQ 104 – Padi wangi tempatan baharu

Category: Bil 24

Asfaliza Ramli, Shamsul Amri Saidon, Rahiniza Kamaruzaman, Elixson Sunian, Mohd Solihen Jamal, Kogeethavani Ramachandran, Siti Norsuha Misman, Mohd Fitri Masarudin, Shahida Hashim, Hanisa Hosni, Hairazi Rahim, Zakiah Mohd Zuki dan Hamidah Mohd Sarif

Ringkasan
MRQ 104 merupakan varieti padi wangi baharu MARDI yang dihasilkan menggunakan kaedah kacukan diallel antara varieti MRQ 89 dan MRQ 50. Pembangunan varieti ini telah bermula pada musim utama 2009/2010 melalui proses kacukan antara dua induk terpilih diikuti dengan pemilihan pedigri dan penilaian hasil di MARDI Seberang Perai. Genotip-genotip yang berpotensi daripada penilaian hasil dimajukan ke penilaian multilokasi dan penentusahan setempat di jelapang padi utama sehinggalah genotip terbaik dikenal pasti iaitu MRQ 104. Varieti ini matang sekitar 115 – 122 hari, pokok yang rendah (108 cm) dan berat 1,000 biji sekitar 20 g. Beras MRQ 104 boleh dikategori sebagai beras yang panjang dan tirus, kandungan amilosanya sederhana (23.5%) dan perolehan beras kepala melebihi 80%. Keunikan MRQ 104 terletak pada tekstur nasi yang sederhana lembut, seroi dan ciri aroma yang sederhana kuat. Tambahan pula, MRQ 104 menunjukkan kerintangan yang baik terhadap penyakit karah dan julat hasil 3.0 – 5.4 t/ha pada penilaian penentusahan setempat. Analisis model AMMI menunjukkan MRQ 104 adalah stabil dan disyorkan penanamannya di kebanyakan kawasan jelapang terutamanya kawasan subur dan sederhana subur.

Teks penuh (2.05MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.