Kandungan pemakanan bagi pelbagai varieti durian tempatan terpilih di Malaysia

Category: Bil 24

Sabeetha Sarmin, Mohd Firdaus Saudi dan Nur Azlin Razali

Ringkasan
Buah durian (Durio zibethinus) merupakan buah bermusim yang popular dan terdapat dalam pelbagai varieti serta klon di Malaysia. Analisis pemakanan dilakukan bagi mendapatkan nilai kandungan nutrien iaitu dengan menggunakan analisis proksimat yang meliputi kandungan protein, lemak, abu, kelembapan dan karbohidrat menggunakan kaedah AOAC. Nilai kalori (kcal) hanya berdasarkan kiraan karbohidrat, protein dan lemak berikutan hanya tiga komponen ini yang menyumbang kepada penukaran kalori dalam makanan. Nilai pemakanan ini merupakan data penting dan diwajibkan dalam perlabelan makanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata nilai analisis pemakanan bagi setiap varieti ialah 2.6 – 3.4 g/100 g untuk protein, 0.9 – 1.2 g/100 g untuk abu dan 31 – 36 g/100 g untuk karbohidrat. Selain itu, purata nilai kalori dan lemak bagi enam varieti durian ini ialah 154 – 187 kcal/100 g bagi kalori dan 2 – 4.6 g/100 g bagi lemak. Kajian membuktikan durian Musang King mempunyai nilai lemak paling tinggi iaitu lebih kurang 4.6 g dalam setiap 100 g dan seterusnya mempengaruhi nilai kalori tertinggi iaitu 187 kcal/100 g. Secara keseluruhan, daripada kajian yang dilaksanakan, dapat diperhatikan bahawa julat nilai analisis proksimat dan nilai kalori untuk varieti-varieti durian ini adalah tidak jauh berbeza.

Teks penuh (221KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.