Pemprosesan burger ikan

Category: Bil 24

Nor Salasiah Mohamed dan Ashadi Yaacob @ Ramli

Ringkasan
Burger ikan merupakan salah satu makanan siap saji yang mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang enak, berkhasiat dan harganya perpatutan. Dalam kajian ini, burger ikan daripada isi ikan (otoshimi)/ surimi dibangunkan. Kawalan mutu adalah penting dalam pemprosesan makanan bagi menjamin produk yang dihasilkan bermutu tinggi. Kawalan mutu mesti dilakukan pada setiap peringkat pemprosesan termasuk pemilihan bahan mentah, semasa pemprosesan, selepas pemprosesan, semasa penyimpanan sehingga ke peringkat pemasaran produk. Jenis pembungkusan yang dicadangkan adalah plastik low density polyethylene (LDPE) bagi pasaran kecil manakala penggunaan dulang plastik high density polyethylene (HDPE) bertutup dan boleh dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro bagi pasaran di pasar raya dan restoran. Burger ikan yang dihasilkan perlu disimpan pada suhu sejuk beku -20 °C dan mempunyai jangka hayat selama 12 bulan.

Teks penuh (208KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.