Teknik pengukuran dielektrik untuk penentuan kualiti dalaman buah-buahan

Category: Bil 24

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Noradira Suhaime, Masniza Sairi, Zulkifly Abbas, Amir Redzuan Shamsulkamal dan Zaulia Othman

Ringkasan
Pemerhatian terhadap perubahan sifat fizikokimia buah mangga Chok Anan telah dilakukan sepanjang tempoh perkembangan buah dari minggu kelima sehingga minggu ke-17. Kandungan kelembapan/air didapati sifat yang mempunyai pengaruh dan hubungan kuat terhadap sifat dielektrik dalam menentukan tahap kematangan buah mangga Chok Anan. Pengukuran nilai permittivity yang meliputi pemalar dielektrik (dielectric constant) dan kehilangan dielektrik (loss factor) telah dilakukan pada julat frekuensi 1.0 – 4.0 GHz. Ia mendapati bahawa nilai dielektrik daripada pengukuran pelbagai kandungan lembapan mangga menurun secara berterusan dengan peningkatan frekuensi dan ini berlaku kesan daripada polarisasi pada molekul air. Hubungan antara nilai permittivity dan kandungan lembapan menunjukkan semakin tinggi jumlah kandungan lembapan dalam sampel, semakin tinggi pula nilai permittivity sampel dalam frekuensi optimum diukur pada 1.0 GHz. Justeru, keputusan kajian ini dapat membantu dalam mengenal pasti kematangan buah mangga Chok Anan, sekali gus membantu mengatasi masalah berkaitan penentuan kualiti buah mangga yang sering dialami oleh usahawan dan petani yang telibat dengan penanaman dan pembekalan mangga Chok Anan untuk pasaran tempatan dan eksport.

Teks penuh (937KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.